FAQ

Soalan yang sering ditanya.

Maklumat ringkas tentang pendaftaran, bayaran, rakaman dan latihan SyizzStudio.

Bagaimana cara bayaran dibuat?

Bayaran boleh dibuat melalui kod QR atau pautan bayaran yang disediakan semasa pendaftaran. Selepas bayaran, peserta perlu muat naik resit untuk semakan.

Bila pendaftaran saya disahkan?

Pendaftaran akan disahkan selepas resit bayaran disemak. Emel pengesahan akan dihantar selepas bayaran berjaya disahkan.

Adakah rakaman disediakan?

Rakaman disediakan untuk webinar tertentu. Jika rakaman termasuk dalam pakej atau pembelian, link akses akan dihantar selepas bayaran disahkan.

Adakah sijil disediakan?

Sijil bergantung kepada jenis webinar atau latihan. Jika disediakan, maklumat sijil akan dinyatakan dalam halaman pendaftaran.

Boleh refund jika tidak dapat hadir?

Secara umum, bayaran tidak dipulangkan selepas pendaftaran disahkan. Namun peserta boleh menghubungi admin jika terdapat keadaan khas.

Saya alumni SyizzStudio. Macam mana nak dapat harga alumni?

Peserta yang pernah berdaftar dan disahkan sebelum ini layak untuk harga alumni — biasanya diskaun sekitar 10%, dan sesetengah program mungkin percuma untuk alumni. Semakan dibuat secara automatik semasa pendaftaran menggunakan nama, e-mel atau nombor WhatsApp yang pernah digunakan, jadi tiada kod atau langkah tambahan diperlukan.

Bagaimana untuk hubungi admin?

Peserta boleh menghubungi SyizzStudio melalui WhatsApp atau emel yang dipaparkan di laman web.